Site Loader

Dari segi agama dan kepercayaan, masyarakat Arab Jahiliyah menganut pelbagai bentuk kepercayaan seperti menyembah berhala, animisme, samawi dan sebagainya pada zaman jahiliyah atau zaman kegelapan dahulu. Hal ini kerana mereka tidak menerima kebenaran nabi dan rasul dan tidak ada nabi sebagai petunjuk kehidupan. Pada zaman sekarang pula, masyarakat kurang kefahaman atau kepercayaan terhadap agama Islam dan tidak memegang agama yang kukuh. Mereka tidak terasa bersalah kerana tidak takut atas dosa Tuhan atas kelakuan negatif mereka. “Manusia yang mesti kita bangunkan pada hari ini ialah manusia yang tidak melupakan penciptanya, tidak terpengaruh dengan keindahan dunia serta menindas orang lain demi kepentingan diri dan ketamakan harta” titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazan Al Quran dan majlis berbuka puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) tahun 2018. Beliau juga menjelaskan bahawa umat Islam perlu berusaha memahami al-Quran mengikut Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketaqwaan hanya kepada Allah swt. kerana pengetahuan Islam sebenar adalah asas kekuatan bagi umat Islam.

Post Author: admin